4 Nov 2011

Saidina Uthman B Affan R.A. Korporat Yang Dermawan

20.1
Biodata Saidina Uthman B Affan

  • Nama : Uthman B Affan B Abul al-'as B Umaiyyah
  • Keturunan : Bani Umaiyyah
  • Tarikh lahir : 576 Masihi iaitu enam tahun selepas "Tahun Gajah"
  • Tempat lahir : Mekah al-Mukaramah
  • Jawatan : Khalifah yang ketiga daripada khulafa' Arrasyidin
  • Tarikh menjadi khalifah : 644 Masihi bersamaan 23 Hijrah
  • Tempoh memerintah : 12 tahun
  • Tarikh wafat : 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah
  • Sebab kewafatan : Dibunuh oleh pemberontak
  • Gelaran : Zun Nurain [yang mempunyai dua cahaya kerana telah memperisteri dua puteri Rasulullah]


20.2
Kisah Keislaman Saidina Uthman B Affan R.A.

Saidina Uthman termasuk dalam golongan yang mula-mula memeluk Islam. Beliau memeluk Islam melalui dakwah yang telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A.. Marilah kita ikuti cerita dibawah:

Pada suatu hari Saidina Abu Bakar telah bertemu dengan Saidina Uthman. Beliau berkat kepada Saidina Uthman,"Wahai Uthman, sahabatku! Setakat yang aku tahu engkau ialah seorang yang tegas yang akan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Cuba engkau lihat berhala-berhala yang disembah oleh kaum kita, tidakkah berhala tersebut diperbuat daripada batu yang tidak mengetahui apa-apa pun?". Jawab
Saidina Uthman,"Benar katamu itu". Kemudian Saidina Abu Bakar berkata,"Ada seorang rasul yang diutuskan oleh Allah membawa agama yang mulia. Mahukah engkau berjumpa dengannya?". Jawab Saidina Uthman,"Sudah tentu!"

     Apabila Saidina Uthman bertemu dengan Rasulullah, Rasulullah pun bersabda, "Wahai Uthman, sahutlah seruan Allah untuk kesyurganya". Lantas beliau memeluk Islam dengan penuh keikhlasan.


     Saidina Uthman mudah menerima Islam kerana beliau mempunyai akhlak yang mulia. Justeru, kita mestilah mengamalkan akhlak yang terpuji supaya mudah menerima kebenaran.


20.3
Sifat Peribadi Saidina Uthman B Affan R.A.

Saidina Uthman memiliki sifat peribadi yang mulia. Antara sifat mulia yang ditunjukkan oleh Saidina adalah seperti berikut : 

  1. Taat kepada Allah : Beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dengan meninggalkan segala kemewahan, harta benda dan sanak saudara demi menyahut seruan Allah dan rasul.
  2. Takut kepada Allah : Beliau banyak beribadah seperti qiamullail, berpuasa sunat dan membaca al-Quran sebagai persediaan untuk menghadapi hari selepas mati.
  3. Malu dan lemah lembut : sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik ketika bercakap walaupun dengan musuh.


20.4
Sifat Dermawan Saidina Uthman B Affan R.A.

Saidina Uthman tokoh koperat yang berjaya. perniagaan beliau bertambah maju dari sehari ke sehari. Perniagaan beliau juga diberkati Alaah S.W.T. apabila beliau menggunakan harta yang dikurniakan Allah S.W.T. dengan sebaik-baiknya. Beliau amat bermurah hati untuk membelanjakan hartanya ke jalan Allah S.W.T.. Antara sifat dermawan Saidina Uthman adalah seperti yang berikut :-
  1. Membeli perigi "Raumah" dengan harga 35000 dirham dan mensedekahkannya untuk kegunaan orang ramai.
  2. Membeli sebidang tanah bagi membesarkan Masjid Nabawi.
  3. Memerdekakan hamba pada hari jumaat setiap minggu.
  4. Menderma sebanyak 300 ekor unta dan 10000 dinar untuk kegunaan tentera islam dalam peperangan Tabuk.

20.5
Semangat Jihad Saidina Uthman

Antara sebab yang mendorong semangat jihad Saidina Uthman ialah:
  1. Keimanan yang kukuh.
  2. sayangkan Islam.
  3. Minat yang tinggi untuk berdakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.
  4. Memiliki kekayaan.
  5. Semangat daya saing.
  6. sayangkan negara.

20.6
Sumbangan Dan Pengorbanan saidina Uthman B Affan R.A.

Semasa hayatnya,Saidina Uthman telah memberikan sumbangan dan pengorbanan yang besar kearah kecemerlangan Islam. Beliau terlibat dalam penulisan wahyu pada zaman Rasulullah. Sumbangan utama beliau ialah mengumpulkan dan membukukan al-Quran untuk digunakan hingga hari ini yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Antara sumbangan beliau yang lain ialah :

POLITIK
  1. Menubuhkan angkatan tentera laut.
  2. Menjadi utusan Rasulullah dalam perjanjian Hudaibiyah.
EKONOMI
  1. Menyumbangkan harta yang baik dijalan Allah.
  2. Berjaya membentuk masyarakat yang mantap ekonominya.
SOSIAL
  1. Memperkenalkan sistem protokol.
  2. Berjaya menawan hati rakyat dengan sifat beliau yang lemah lembut.

20.7
Konflik pada zaman Saidina Uthman B Affan R.A.

Konflik dan fitnah berlaku apabila Saidina Uthman telah ditohmah oleh puak-puak yahudi dan munafik yang diketuai oleh Abdullah b Sabak. Saidina Uthman dituduh tidak telus dan tidak melakukan keadilan dalam pemerintahannya. Saidina Uthman berjaya mengatasi krisis yang berlaku ini dengan menghantar pegawai-pegawai penyiasat ke Kufah,Mesir,Basrah dan Syam. Disamping itu, beliau telah membuka pintu perbincangan dengan rakyat serta memanggil gabenor-gabenor untuk disoal-siasat. Hasil siasatan mendapati bahawa krisis yang berlaku berpunca daripada musuh-musuh Islam.


20.8
Tamadun

Saidina Uthman tokoh koperat yang berjaya kerana usahanya yang bersungguh-sungguh dan keberkatan yang ada pada hartanya disebabkan banyak bersedekah dijalan Allah. Umat Islam akan maju dan berkembang sekiranya dapat mencontohi Saidina Uthman yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan dan berusaha untuk menguasai ekonomi negara serta menguruskannya berdasarkan sistem ekonomi Islam.

14 comments:

  1. sekarang kerje rumah saye dah siap

    ReplyDelete
  2. tq , bolh sya siapkan kerja sekolah sya..

    ReplyDelete
  3. Syukran....
    bolehb lh saya lengkapkan pembentangan saya nanti.
    Semua nya lengkap ..

    ReplyDelete
  4. Tq.. dptlah sye siapkan buku skrap yg ustazah bagi

    ReplyDelete
  5. yeayyyyy kerja kursus on the wayyy siappppp

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dpt sy siapkn kerja sekolah saya

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas info yang diberi

    ReplyDelete
  8. Lucky Club Casino Site 2021
    Lucky Club Casino is operated by the MGA and licensed casino operator, and offers an online casino to players from luckyclub around the world. The site's 🎁 Casino Games: 550+💰 Bonus Code: None Needed

    ReplyDelete